Langkau ke kandungan utama

Entertainment | Pelakon Park Bo Gum Lelaki Sejati 100%

Hai...


Bagi yang mengikuti drama Korea "Love In The Moonlight" pasti korang juga jatuh cinta pada Park Bo Gum. Hanya disebabkan dlm drama itu dia berketerampilan terlalu budiman. Hakikatnya, tidak kira dalam drama mahupun secara peribadinya dia sememangnya seorang lelaki sejati dan amat sopan santun. kat bawah ni aku akan sharekan nilai2 kesejatian yg ada pada actor hensem ni yg aku amek infonya dari majalah Epop malay lah. :)

1) Nilai Murni: MENGASIHI DAN MENJAGA KELUARGA
~ Pada awalnya Park Bo Gum bukan nak jadi seorang pelakon sebaliknya ingin menjd seorang penyanyi. Pd ketika itu, keadaan keluarganya tidak begitu baik. Demi merealisasikan impiannya itu Park Bo Gum amat berusaha. Dia telah membuat rakaman dirinya semasa menyanyi sambil bermain piano dan mengirimkan rakaman video itu kpd syarikat2 rakaman. Sementara demi keluarga pula, Park Bo Gum sggup membuat apa saja pengorbanan. Dalam satu rancangan dia pernah berkata," Izinkan saya mengambil tanggungjawab utk seisi keluarga!". Dia merupakan seorg budak yg amat perihatin sejak kecil. Lelaki yg begitu taat dan mengasihi keluarga amat jrang ditemui.

2) Nilai Murni: JUJUR
~ Sebelum ini pada hari April Fool, demi mengenakan Park Bo Gum,member Red Velvet, Irene ketika dalam persembahan Music Bank pura2 jatuh pengsan. Tindakan ini membuatkan Park Bo Gum terperanjat besar. Selepas itu, ketika menghadiri sidang media di Taiwan, apabila ditanya berhubung perkara itu, Park Bo Gun ternyata jujur memberitahu bahawa ia berlandaskan skrip. Selepas mendengar penjelasan itu, pengacara majlis menyatakan dia terlalu jujur dan memberitahu Park Bo Gum sebenarnya boleh memilih utk tidak menjawab persoalan itu. Tp Park Bo Gum pula membalas, "Tapi tidak boleh cakap bohong!" Haha, memang seorg budak jujurlah.

3) Nilai Murni: TIDAK BERKIRA
~ Ketika penggambaran drama "Reply 1988", semua krew penggambaran amat menyukai Park Bo Gum. Ini kerana dia akan membungkukkan badan hingga 90° setiap kali memberi salam dengan semua orang. Adalah difahamkan, dlm satu sesi penggambaran luar, tiba2 hujan lebat, dia pun berlari memaklumkan kpd semua orang bahawa sesi penggambaran akan dihentikan buat sementara waktu. Dia kemudiannya dilihat sibuk berlari dlm hujan demi membantu krew penggambaran mengangkat dan memindah props malah dia juga menyembunyikan pakain dramanya dalam pelukan supaya tidak basah. tindakannya itu amat menyentuh perasaan krew2 di set penggambaran.

4) Nilai Murni: MESRA DENGAN "PENCULIK" 
~ Selepas  tamatnya penggambaran Reply 1988, barisan pelakon utama termasuk Park Bo Gum pun menyertai penggambaran rancangan varieti "Youth Over Flower" . Pada mulanya Park Bo Gum sebenarnya "diculik" ke Afrika, tapi kerana sifat murni dalam dirinya, dia amat mesra dengan "penculik" malah turut memohon maaf dengan mereka krn kereta agak sempit. Dia kemudiannya turut memberikan minuman ringan dan air sendiri kpd "penculik" . Dia ni terlalu baik hati dan terlalu poloslah.

5)Nilai Murni: AMAT BERSOPAN SANTUN
~ Pengesahan mutlak! Ketika Park Bo Gum sedang membuat rakaman program "Entertainment Weekly" , pengacara tv meminta dia supaya membuat perbualan semi-formal dengan "peminat kategori kakak" krn dia akan kelihatan lebih mesra. Sebaik saja mendengar permintaan itu, Park Bo Gum kelihatan amat cemas dan gugup. Kemudian, dia meminta kebenaran supaya rakaman itu dihentikan seketika krn dia merasakan tekaknya sgt kering dan ingin minum sekejap...

6) Nilai Murni: RENDAH DIRI
~Hampir setiap drama lakonan Park Bo Gum pasti ada babak menangis malah dia juga menitiskan air mata dalam dunia nyata. Adalah dikhabarkan, pd fan meeting pertamanya di Korea, Park Bo Gum bukan sahaja secara peribadi terlihat dalam dlm setiap aspek perbincangan. Apabila melihat kehadiran ramai peminatnya, dia amat tersentuh. Dalam perasaan terharu dia berkata, " terima kasih kerana menyukai saya tp saya tidak sebaik seperti mana yg kalian sangka..." dan dilihat menangis selepas itu. Dia ni mmg seorg budak sejati. Selain menangis di fans meeting Korea, ketika menghadiri fan meeting di Taiwan, dia bukan saja ikhlas mengucapkan ribuan terima kasih kpd para peminat yg menyokongnya malah turut dilihat menangis ketika memberitahu fans, "Walaupu bahasa kita tidak sama tp kita mempunyai satu hati yg sama. Terima kasih semua!". Dan semasa menonton rakaman video sokongan dari peminat dia pun sgt terharu hingga menitiskan air mata. Dia sememangnya seorg lelaki yg peka dan sensitif.

7) Nilai Murni: PRIHATIN
~ Ketika sesi temuramah bersama Park Bo Gum dan Kim Yoo Jung, Park Bo Gum segera menolong
pengacara mengemaskan rambut apabila melihat rambut pengacara kelihatan tidak kemas. Selepas itu, ketika Kim Yoo Jung sedang tertawa rambutnya termasuk dalam mulut, melihat situasi itu, Park Bo Gum pun segera menghulurkan "tangan budiman" membantu Kim Yoo Jung mengetepikannya. Wow,amat prihatin lah.

8) Nilai Murni: LAP MULUT
~ Adalah diketahui bhawa dalam drama "Love In The Moonlight" Park Bo Gum dan Kim Yoo Jung mempunyai banyak babak "bobo"! Dalam klip di sebalik tabir boleh dilihat demi penggambaran pelbagai sudut,kedua-dua mrk harus sentiasa berkiss. Sebaik sahaja mendengar pengarah drama menyebut "cut", Bo Gum pun segera membantu Yoo Jung lap mulut. Amat perihatin lah.

9) Nilai Murni: MENCONTOHI
~ Bo Gum pernah membantu krew penggambaran mengangkat prop . Selain itu, walaupun tidak ada sesi penggambaran buat Bo Gum utk hari itu, dia tetap akan datang ke set shooting bertegur sapa dengan semua orang. Malah dia turut membantu kakitangan memunggah barang2. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pewarna Rambut Shurah

Assalammuala ikum... Ha i sume…Hari ni punya entri adalah sebab aq nak cite and kongsikan satu produk yg sangat aq suka guna,huhuhu….Mungkin ada yg pernah guna dan ada yg belum pernah guna lagi produk ni kan???So,aq akan cite kat korang pasal produk ni… Produk ape???... TARAAAAAA… . Haa….produk n i la.. Pewarna rambut shurah… Perwarna rambut shurah  mempunya i tujuh warna kesemuannya….And aq prefer      utkku guna warna keempatnya, iaitu warna  Koper Merah   (seperti yg  ditunjukkan dalam gambar)…Harganya,sangat2la berpatutan dan mampu dibeli, iaitu hanya dlm RM15.90 shj (sekotak)… Kepada korang yang beragama Islam,yg nak cuba produk ni,untuk menutup uban misalnya,   jangan risau…Kerana produk ni boleh diguna pakai solat..Kerana bahan2,dalamnya boleh sampai air ketika wudhuk…. TAPI!!!!!!... Sebelum korang nak pakai,korang kena melakukan ujian alahan dan ujian serat       terlebih dahulu…Tujuan ujian alahan adalah untuk menguji,sama ada,korang sesuai men

[UPDATE] Biodata SEVENTEEN

INTRODUCTION: Seventeen merupakan boyband baru asal Korea Selatan bentukan Pledis Entertainment. Grup ini beranggotakan 13 orang dengan rata-rata usia 17 tahun. Mereka terdiri dari S.coups, Junghan, Joshua, Jun, Hoshi, Wonwoo, Woozi, DK, Mingyu, The8, Seungkwan, Vernon, Dino. Seventeen juga di bahagi dalam 3 unit iaitu Vocal Team, Hip Hop Team dan Performance Team. Anggota Seventeen sendiri terpilih setelah melalui rangkaian ujibakat pada program acara mereka sendiri yaitu 'SEVENTEEN TV'. Program tersebut sebagai saranan pelatihan para calon itu untuk belajar bagaimana cara menghibur penonton. Sebelum debut, adik dari After School, NU'EST & Hello Venus ini juga telah tampil dalam program "SEVENTEEN Project - Debut Big Plan" yang ditayang MBC Music, yang menunjukkan persiapan debut mereka. Seventeen memulakan debutnya pada tanggal 29 Mei 2015 dengan lagu “Adore U” yang juga merupakan bahagian dari album mini pertamanya ’17 Car

Resepi : Kerepek Buah Sukun

Hai...  Untuk entry hari ni aku nak share cara nak wat kerepek..Kerepek Ubi kah??Ohh...tidak,tidak..Bukan kerepek ubi ye kakak habang sekelian... Tapi kerepek buah sukun.. Pada sapa yang tawu rupa buah sukun pasti ada yang tawu buah ini boleh dimakan dengan cara buat kuih.Tapi, aku suka buat ala2 kerepek or keropok.Sodap baq hang...  Ok, aku akan share cara nak buatnya.Caranya senang.Pejam mata dah boleh buat..Mungkin ada yang da tawu cara nak wat, tapi aku still nak bagitahu jugak,huhu...Aku akan story terus dalam cara nak buatnya, bahan2nya korang terus detect kat dalam cara2 tu ehh...:p Cara2nya:  1) Kupas buah sukun.Buang kulit tebalnya tu. 2) Then, belah buah itu.Belah ikut bentuk sederhana kecil or besar.Ikutla cara sendiri untuk memudahkan untuk potong nipis buahnya. 3) Sebelum nak potong nipis, cucila dahulu buah itu bersih2 untuk buangkan getahnya.Jangan risau, getahnya tak macam getah buah nangka.Basuh dengan air jaa. 4) Dah bersih dicuci, bolehla po